Saturday, January 8, 2011

Menghalang Pengaroh Paderi Melayu!!!

Sdr Kamal Mohd ada menanjurkan kepada beberapa teman AM memberi komen tentang posting Rafidah Ariffin mengenai Padri Melayu tapi bila saya berpeluang nak beri sedikit komen  ini yang tinggal..."This post has been removed or could not be loaded." Walau apa pun sebab dah ditulis saya pos aja kat sini untuk dikongsi.

Isu ini telah disalurkan pada saya melaluai emel 3 /4  tahun lalu...dan saya bukan seorang asatizah bertauliah nak memberi komentar. Kalau ada yang lebih arif jangan segan menegur dan membetulkan persepsi saya ini.
 Soal mengapa ada diantara kita terpedaya dengan diayah seumpama ini yang melibatkan aqidah mungkin dapat diselami puncanya antara lain, saya ulangi antara lain berpunca dari kurang didikan dan panduan ibubapa. Unsur didikan dan panduan ibubapa ini seperti isi dengan kuku untuk membentuk pribadi anak2 sebelum baliq dan menuju usia remaja seterusnya memperkayakan diri dengan tuntutan akhirat disamping menempa kejayaan dan kesejahteraan duniawi mereka. Zaman selepas merdeka mulalah keabyakan ibubapa mempunyai kerjaya masing2 dan melepaskan tanggungjawab untuk menyemai benih keimanan dan ketaqwaan kepada orang lain.
Jelas iman dan taqwa berperanan mengekakalkan kita dalam Islam, bagaimana dijelaskan dalam Firman Allah s.w.t. :

يَأ َيـُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنـُوْا اتـَّقـُوْا اللهَ حـَقَّ تـُّقـَاتِهِ, وَلَا تـَمُوْتـُنَّ إِلَّا وَأ َنـْتـُمْ مُسْلـِمُوْن َ. وَاعْتـَصِمُوْا بِحَبـْلِ اللهِ جـَمِيـْعًا وَلَا تـَفـَرَّقـُوْا, وَاذ ْكـُرُوا نِعـْمَتَ اللهِ عـَلـَيـِكـُمْ إِذ ْ كـُنـْتـُمْ أ َعـْدَاءَ فـَأ َلفَ بـَيـْنَ قـُلـُوْبِكـُمْ فـَأ َصِبَحـْتـُمْ بِنـِعْمَتـِهِ إِخْوَانـًا, وَكـُـنـْتـُمْ عـَلىَ شـَفـَا حـُفـْرَةٍ مِنَ النـِّارِ فـَأ َنـْقـَذ َكـُمْ مِنـْهـَا, كـَذ َلـِكَ يـُبـَيـِّنُ اللهُ لـَكُمْ آيـَاتِهِ لـَعـَلـَّكـُمْ تـَهـْتد ُوْنَ. وَلـْتَكـُنْ مِنـْكـُمْ أ ُمَّة ٌ يـَدْعـُوْنَ إِلىَ الـْخَيـْرِ, وَيَأ ْمـُرُوْن َ بِالـْمـَعْرُوْفِ, وَيـَنـْهَوْنَ عـَنِ الـْمُنـْكـَرِ, وَأ ُوْلـَءِـكَ هُمُ الـْمُفْـلِحُونَ.  وَلَاتـَكُوْنـُوْا كـَالـَّذِيْنَ تـَفـَرَّقـُوْا وَاخْتـَلـَفـُوْا مِنْ بِعـْدِ مَا جَاءَهـُمُ الـْبـَيـِّنَاتُ, وَأ ُوْلـَـءِـكَ لـَهُمْ عـَذَابٌ عـَظِيْم ٌ.

 ( آل عمران 105-102)

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, seungguh taqwa. Dan janganlah sampaikamu mati,melainkan dalam Islam yang sebenarnya.  Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah, ingatlah kurnia Allah atas kamu, ketika kamu dahulu beremusuh-musuhan,lalu di perteguhkannya hatikamu (dalam agama Allah, ingatlah kurnia Allah atas mu, sehingga dengan kurnia Allah itu,kamu menjadi bersaudara. 

Kamu dahulu berada ditepi lubang nderaka, lalu diselamatkan kamu daripadanya.  Begitu Allah menjelaskan keterangan-keterangannya kepada kamu supaya kamu menuruti jalan yang benar. Adakah di antara kamu umat yang mengajak kepada kebajikan, penyuruh mengerjakan yang benar dan melarang dari membuat yang salah, mereka itulah orang-orang yang beruntung.  Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan  orang-oranmg yang telah beerprecah belah dan berseliaseh faham  sesudah datang kepadanya bunti-bukti yang terang.  Mereka itulah orang-orang yang akan memperoleh siksa yang dahsyat.

Surah Ali-Imran ayat 102-105)......... Wal’Allahhu Wa’alam

No comments: