Saturday, October 8, 2011

Dari Mimbar Masjid Tabung Haji KL, Juma’at 7 Oktober, 2011

Khatib kali ini seorang yang belum saya berkesempatan mendengar khutbahnya sebelum ini. Mimbar minggu ini menonjolkan tajuk ”Permata Hati” sebagai khutbah yang begitu bermakna dalam kedaan dan suasana keseluruhan keluarga Islam dinegara kita ini. Setelah menjadi ibu dan bapa ”permata hati” adalah idaman semua......tetapi menurut khatib ibu/bapa semestinyalah memahami serta menghayati peranan mereka supaya permata2 hati mereka tergulung kepada insan2 yang beriman dan bertaqwa.

Dalam kontek ini, Khatib menggariskan empat pasa yang perlu diharungi dalam mendampingi penghijrahan permata2 hati mereka: pertama....dari saat dilahirkan hingga usia 6 tahun diulit dan dimanjakan; kedua....dari usia 6 tahun hingga akil balig 14 tahun disemaikan dengan keperluan ugama; ketiga...selepas 14 tahun hingga 21 tahun terus menimba ilmu akhirat dan duniawi didampingi oleh ibu bapa mencari jawapan kepada segala kemuskilan permata hati...jelasnya ada komunakasi dan keempat....selepas 21 tahun sudah mula berdikari tapi masih  jangan dilepas bebas tanpa diambil peduli.

Khatib juga menyandar kan hujah2 nya dengan ayat2 alquran seperti berikut:

 يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧ وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ ﴿١٨

Maksudnya: "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (al luqman ayat 17-18)
Dan satu lagi ayat:
 وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا ﴿٧٤
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al Furqan ayat 74)

Sama2 kita mengambil iktibar dan menghayati intisari khutabah Juma’at ini

No comments: